assalamualaikum.gif

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Selamat Datang Ke Portal Web Rasmi Kelas Rancangan Khas, SMK Benut. Terima kasih dengan kunjungan anda. Selamat Belajar. Semoga Kecemerlangan Milik Anda. Insyaallah.

Thursday, April 23, 2009

Pendahuluan

Seiring arus pembangunan dan perkembangan sistem pendidikan global ke arah melahirkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang, maka warga SMK Benut berusaha memperkembangkan potensi diri pelajar Kelas Rancangan Khas ( KRK ) dalam semua aspek JERI, dari segi akademik dan kokurikulum.

Sehubungan itu, program dan aktiviti yang dirancang diharap dapat membantu pihak sekolah untuk mencapai visi dan misi iaitu melahirkan pelajar yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan imej sekolah.

Misi dan Visi Sekolah

VISI SEKOLAH

SMK Benut Gemilang Tahun 2009

MISI SEKOLAH

Berazam untuk membentuk pelajar berilmu , berkemahiran, bersikap yang diperlukan dan terlibat dalam masyarakat yang berubah melalui kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan berteraskan kepada kecemerlangan dalam kurikulum, ko-kurikulum , sahsiah dan disiplin pengurusan dan perhubungan komuniti dengan komitmen kepada kualiti

Misi dan Visi KRK

VISI KRK

Kelas Rancangan Khas berhasrat menyediakan standard pembelajaran yang tinggi demi melahirkan murid yang berketrampilan dan cemerlang

MISI KRK

Kelas Rancangan Khas berusha untuk membentuk murid supaya boleh menyerlahkan potensi sebenar dari segi komitmen dan kualiti agar boleh bersaing dengan dunia global, dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif berteraskan penambahbaikan yang berterusan

Jawatankuasa Kecemerlangan KRK

Pengerusi : En. Hasnan b. Jaafar
Naib Pengerusi 1 : Pn.Hjh Rohani bt. Abd. Manaf
Naib Pengerusi 2 : Pn.Asiah bt. Yamin
Penyelaras : Pn. Haslinda bt. Abu Sari
Setiausaha : Pn. Norafida bt. Abdullah

Ahli Jawatankuasa

1. Guru –guru Ketua Bidang
2. Ketua-ketua Panitia Mata Pelajaran
3. Setiausaha Peperiksaan
4. Kaunselor
5. Penyelaras Tingkatan 1,2,3 dan 4
6. Guru-guru Tingkatan Kelas KRK
7. Guru-guru Mata Pelajaran Kelas KRK

Aktiviti KRK

1. Program Klinik matapelajaran

2. Kelas tuisyen Hikmah /Kelas Tambahan

3. Motivasi Ibu bapa dan Pelajar

4. Perjumpaan Ibu bapa dan Akur Janji

5. Kemahiran Belajar

6. Kem kecemerlangan KRK

7. Kursus Nadwah

8. Perkampungan Ilmu

9. Bijak Sains

10. Karnival KRK

11. Majlis Izin Ilmu

12. Perjumpaan Bersama Pengetua

13. Lawatan Sambil Belajar

Takwim 2009

Jan-Sept Kelas Hikmah dan Klinik matapelajaran

Mac Perjumpaan Bersama Pengetua

Januari-Ogos Kemahiran Belajar

Mac Pertemuan Ibu bapa dan Akurjanji KRK

13 -15 Mac Kem kecemerlangan KRK Tingkatan 3

April Bijak Sains

Mei Kursus Nadwah (Johor Bahru)

Mei Motivasi Ibubapa dan pelajar

Jun Perkampungan Ilmu

Ogos Teknik Menjawab soalan

Sept Majlis izin Ilmu

Okt Karnival KRK



Wednesday, April 15, 2009

Selamat Datang Ke Laman Web KRK SMK Benut


Selamat Datang Ke Portal Web Rasmi
Kelas Rancangan Khas

SMK Benut , Pontian, Johor.




PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2009