assalamualaikum.gif

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Selamat Datang Ke Portal Web Rasmi Kelas Rancangan Khas, SMK Benut. Terima kasih dengan kunjungan anda. Selamat Belajar. Semoga Kecemerlangan Milik Anda. Insyaallah.

Tuesday, May 26, 2009

Majlis Aku Janji dan Penyerahan Mentor Mentee

7 Mei 2009 – Majlis Aku Janji dan Penyerahan Mentor Mentee Kelas Rancangan Khas 2009 telah berjaya diadakan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut pada hari ini.

Matlamat Program Mentor Mentee diadakan bagi melahirkan pelajar yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan lulus dengan cemerlang. Manakala objektif program tersebut untuk merapatkan perhubungan antara guru dan pelajar, membantu pelajar mengenali diri, meningkatkan keyakinan diri para pelajar serta membantu para pelajar membina matlamat dan komited untuk berjaya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) di Dewan Baiduri, SMK Benut. Beliau mengharapkan para pelajar KRK SMK Benut menunjukkan dan membuktikan kesungguhan dalam peningkatan prestasi akademik dan sahsiah yang lebih cemerlang berbanding pelajar yang bukan terpilih dalam kumpulan KRK. Beliau turut mengharapkan prestasi PMR Tahun 2009 lebih cemerlang dengan lebih ramai yang mendapat 8A. Insyaallah.

Pada majlis tersebut, penyerahan lencana KRK dan Bacaan Ikrar dan Aku Janji turut diadakan. Seterusnya, majlis penyerahan Mentor Mentee Jalinan Kasih Tingkatan 3 seramai 19 orang.

PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2009